Saturday, March 21, 2009

S.P.I.C

ini adalah satu cabaran bagi I.R, A.K, A.K dan saya sendiri untuk menerangkan kepada pembaca pembaca sekalian mengenai penerbangan S.P.I.C [studen pilot in command] dari lapangan terbang Requena ke Valencia dan seterusnya ke Reus sebelum kembali mendarat dengan selamat di Requena. dengan erti kata lain, kami sebagai pelatih juruterbang sepatutnya membuat semua keputusan yang sepatutnya dilakukan sebagai "Captain" sepanjang penerbangan.

penerbangan yang julung julung sekali terjadi itu ditanggung-jawabkan kepada kami semua ; tidak termasuk K.S dan F.A atas sebab sebab yang tidak akan diumumkan awam - pada "Hari Cuti Bank Sepanyol". hari bermula dengan semua pelatih pelatih juruterbang RBA sibuk dan mula kusut merancang penerbangan dan menguruskan segala urusan yang perlu dibuat agar penerbangan dapat direcanakan mengikut rancangan yang telah diberikan kepada kami. saya akui, ianya adalah salah satu pagi yang paling pernah sibuk saya pernah alami. lucu jika saya kenang kembali bagaimana karenah kami mencuba menyiapkan segala urusan dalam masa yang begitu singkat. [HAHA!].

8 orang pelatih dibahagikan kepada 3 kumpulan, yang kemudiannya diarahkan untuk menerbangkan kapal terbang mengikut jejak yang telah dirancang oleh guru/pengarah juruterbang. saya sendiri terbang bersama Z.A dan A.K, T.B sebagai pengarah juruterbang.

jejak pertama, dari Requena ke Valencia diterbangkan oleh saya, kami berangkat kira kira 15 menit sebelum 10 pagi. penerbangan tersebut mengambil masa dalam 1 perpuluhan 2 jam. penerbangan dari Valencia yang mengambil lebih kurang 2 jam diterbangkan oleh A.K, dimana saya dan Z.A tidur dengan nyenyak di tempat duduk belakang. Z.A menerbangkan kami semua dari Reus kembali ke Valencia selepas makan tengah hari di lapangan terbang tersebut yang agak baru.

dari Valencia, saya mengambil alih dan terbang kembali ke Requena. mendarat kira kira 10 menit lepas 7 malam. bayangkanlah, berapa jam kami luangkan masa di udara. letih, mengantuk, punggung yang kaku dan kepala yang ada sedikit pusing. tapi ianya merupakan pengalaman yang hebat. tidak saya sesali melaluinya. =D

saya belum berpeluang untuk mengambil gambar gambar dihari tersebut dari I.R dan M.S. mungkin dilain hari kelak. sampai sini dahulu penerangan saya.

ANTAAAAH!!! HAHA!